Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

slide_5e70424015a38.jpgslide_5e6eec4132ce5.jpgslide_5e2aebf68a823.jpgslide_599a4dfd32824.jpgslide_573de199ef1fb.jpg
Sejarah

 

Daerah Daro sekitar tahun 1960-an
 
Daerah Daro terletak di tengah Negari Sarawak. Dahulunya dikenali dengan Daerah Matu-Daro. Apabila Daerah Matu diisytiharkan sebagai sebuah daerah pada 5 Mei 1991 maka wujudlah Daerah Daro.

Nama Daro mengambil sempena nama"DARUK" yang membawa maksud kawasan berair atau berpaya. Ini jelas kerana kawasan di Pekan Daro ini rata dan tidak berbukit dan kebanyakannya kawasan berpaya.

Selepas pengisytiharan Mukah sebagai sebuah bahagian yang Ke-Sepuluh Negeri Sarawak, kawasan liputan pentadbiran Daerah Daro telah berubah. Daerah Daro mempunyai daerah kecil iaitu Daerah Kecil Belawai. Selain itu, persempadanan semula kawasan pentadbiran telah merubah landskap pentadbiran Daerah Daro. Antara kawasan-kawasan yang berada di dalam Daerah Daro meliputi sebahagian kecil daripada Daerah Sibu, sebahagian daripada Daerah Meradong, sebahagian Daerah Sarikei dan meliputi keseluruhan Daerah Kecil Belawai.

Keluasan keseluruhan daerah ini ialah 1956.27km persegi manakala keluasan bagi Daerah Kecil Belawai ialah 730.53km persegi. Perhubungan utama Daerah ini ialah pengangkutan air, ini kerana lebih 80% kawasan Daerah Daro dihubungkan dengan pengangkutan air. Namun demikian pengangkutan darat telah mengambil tempat dimana jaringan jalan raya yang menghubungkan daerah-daerah disekitar telah ada dan perkhidmatan Feri antara Pulau Bruit dan Pekan Daro membolehkan penduduk menjalankan aktiviti harian dengan mudah serta akses ke bandar besar yang terdekat seperti Bandar Sibu.