11 Nov 2019 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dalat Tahun 1441H/2019M | 
9 Nov 2019, Dalat - Sebanyak 13 kontinjen melibatkan lebih 500 peserta sekitar Dalat menyertai Perarakan Sepanduk sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dalat Tahun 1441H/2019M bertemakan Ummah Gemilang yang diadakan di Stadium Perpaduan Dalat.
Pelbagai aktiviti dan pengisian program sepanjang minggu Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dalat Tahun 1441H/2019M bagi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W yang telah diadakan bermula dari 3 hingga 8 November 2019. Antaranya aktiviti pertandingan memanah, laungan Azan kategori terbuka dan sekolah rendah, Hafazan, Puisi dan mewarna.
Majlis menyaksikan Penyampaian Peruntukan Penambahbaikkan Rumah Rakyat Miskin N56 Dalat bagi 26 buah kampung JKKK, Sijil Penghargaan Mantan Imam dan Khatib Masjid Al-Muslihin Dalat, Penyampaian Hadiah pertandingan Aktiviti sempena Sambutan Maulidur Rasul dan juga Penyampaian Hadiah Pertandingan Sepanduk dan Kontinjen Terbaik. Turut disampaikan adalah Cek MRP ADUN N56 Dalat kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Dalat (LAKID) bagi penganjuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dalat 1441H/2019M berjumlah RM5,000.
|
|