PENGURUSAN TENDER DAN SEBUTHARGA BAHAGIAN MUKAHPENGURUSAN TENDER DAN SEBUTHARGA BAHAGIAN MUKAH |
|
Jawatankuasa Tender/Sebutharga (Negeri/Persekutuan) Bahagian Mukah hanya boleh mempertimbangkan dan menyetuju terima tender/sebutharga dengan syarat keputusan yang dibuat adalah sebulat suara dan tidak memebihi had nilai tender/sebutharga. Keputusan yang tidak sebulat suara dan/atau melebihi had nilai tender/sebutharga akan dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Agensi untuk keputusan. |
|
Urusan Berkaitan Tender / Sebutharga Bahagian Mukah |
-
Menerima iklan kenyataan Tender/Sebutharga daripada Agensi atau Jabatan Kerajaan di Bahagian Mukah;
-
Menyediakan Peti Tender dan Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga;
-
Memaparkan Tender/Sebutharga pada papan tender dan laman web ini; untuk melihat tender/sebutharga SILA KLIK DISINI
-
Merekod semua syarikat yang menghantar penyertaan tender/sebutharga ke dalam Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga sepanjang iklan tender/sebutharga masih dibuka sehingga tarikh tutup tepat jam 12:00 tengah hari;
- Penyertaan Tender/Sebutharga yang dihantar selepas TEPAT JAM 12:00 Tengah hari pada Tarikh Tutup, TIDAK AKAN DIPROSES. Harap Maklum, Terima Kasih.
|
|
Sila Ambil Perhatian |
-
Borang Schedule Of Tender Received G.124 akan dikeluarkan untuk proses pembukaan tender/sebutharga selepas jam 12:00 tengah hari pada hari tender/sebutharga ditutup.
-
Pembukaan tender/sebutharga akan dipengerusikan oleh Timbalan Residen (atau Pegawai N41 keatas) bersama ahli-ahli jawatankuasa serta akan dihadiri oleh "Client Agency".
-
Penyertaan tender/sebutharga yang asal berserta salinan borang Schedule Of Tender Received G.124 akan diserahkan kepada "Client Agency".
-
Minit mesyuarat pembukaan tender/sebutharga akan dikeluarkan oleh setiausaha pembukaan tender/sebutharga untuk dimajukan ke Masyuarat Jawatankuasa Perolehan Tender/Sebutharga Bahagian Mukah untuk pemilihan Syarikat/Kontraktor yang layak.
|
|
Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Mukah. |
Masa akan diambil kurang dari 30 minit berurusan dengan pegawai kami semasa penyerahan penyertaan tender/sebutharga daripada syarikat/kontraktor. |
|
Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Penyerahan Penyertaan Tender/Sebutharga. |
Puan Suria Binti Abang, Pembantu Tadbir N17 (KUP)
|
(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 084 872 596 (GL)) |
|
|
|