BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 20 Ogos 2019
Versi 8.2.2
LESEN PEMBERI PINJAMAN WANG DAN PERMIT IKLANLESEN PEMBERI PINJAMAN WANG DAN PERMIT IKLAN
Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan Permit Iklan dikeluarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) 1951 dan Akta Pemegang Pajak Gadai (Kawalan & Pelesenan) 1972.
 
Cara Memohon bagi Permohonan Baru.
Dapatkan Borang Jadual A (Permohonan Baru bagi Lesen Pemberi Pinjaman Wang), Borang Jadual F (Permohonan Baru bagi Permit Iklan) & Jadual C (Akuan Berkanun) secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Mukah (Seksyen Pentadbiran Am). Isi Borang Jadual A dan Jadual F dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:
 
  • Surat iringan permohonan Lesen Pemberi Pinjam Wang

  • Satu (1) salinan fotostat sah MyKad bagi Pemohon, atau bagi setiap Pekongsi, Pemegang Jawatan atau Lembaga Pengarah yang telah disahkan.

  • Satu (1) salinan sah Akaun Beraudit atau Akaun Pengurusan Terkini.

  • Satu (1) salinan sah Borang J bagi tempoh dua (2) tahun yang lalu dan satu (1) salinan sah penyata akaun bank.

  • Satu (1) salinan akuan berkanun seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.

  • Satu (1) salinan sah butir-butir dalam Borang 13 (jika ada), Borang 9, 24, 44, 49 dan borang keuntungan tahunan terkini dibawah Akta Syarikat 1965.

  • Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Pertubuhan atau sijil pendaftaran perniagaan dan satu (1) salinan perjanjian perkongsian (jika ada) atau satu (1) salinan kaedah-kaedah atau undang-undang kecil pertubuhan atau satu (1) salinan perjanjian diantara atau dikalangan orang-orang yang membentuk kumpulan.

  • Modal berbayar (tunai) dan kemukakan penyata bank terkini berjumlah minimum sebanyak RM2 Juta

 
Proses pemohonan baru ini akan dilanjutkan dengan rujukan terhadap syarikat pemohon daripada:
  • Polis DiRaja Malaysia;

  • Bank Negara Malaysia; dan

  • Jabatan Insolvensi Malaysia (pemohon dikehendaki berurusan sendiri kepada pihak Jabatan Insolvensi bagi mendapatkan laporan semakan status kebankrapan).

  • salinan surat juga akan dihantar kepada pemohon berkaitan dengan proses rujukan ini.

Apabila semua proses dijalankan dan didapati pemohon layak maka Lesen Pemberi Pinjaman Wang & Permit Iklan akan dikeluarkan oleh Pejabat Residen Bahagian Mukah.
 
Bayaran sebanyak RM2000.00 bagi Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan sebanyak RM200.00 bagi Permit Iklan akan dikenakan. Bayaran boleh dibuat di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Tingkat 2, Menara Pehin Setia Raja, 96400 Mukah.

Sila Ambil Perhatian
Sah laku Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan Permit Iklan adalah selama DUA TAHUN.
 

 
Sila Ambil Perhatian
Sila sediakan Rekod Transaksi semasa bagi tempoh setahun selewat-lewatnya 14 Feb setiap tahun, jika gagal berbuat demikian pemohon boleh didenda.
 
Cara memohon bagi Pembaharuan Lesen.
Dapatkan Borang Jadual D (Permohonan bagi Pembaharuan Lesen Pemberi Pinjaman Wang) dan Borang Jadual H (Permohonan bagi Pembaharuan Permit Iklan) secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Mukah (Seksyen Pentadbiran Am). Isi Borang Jadual D dan Jadual H dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:
  • Surat iringan permohonan pembaharuan lesen

  • Satu (1) salinan fotostat sah MyKad bagi Pemohon, atau bagi setiap Pekongsi, Pemegang Jawatan atau Lembaga Pengarah.

  • Satu (1) salinan sah Akaun Beraudit atau Akaun Pengurusan Terkini.

  • Satu (1) salinan sah Borang J bagi tempoh dua (2) tahun yang lalu dan satu (1) salinan sah penyata akaun bank.

  • Satu (1) salinan akuan berkanun seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.

  • Satu (1) salinan sah butir-butir dalam Borang 13 (jika ada), 24, 49 dan borang keuntungan tahunan terkini dibawah Akta Syarikat 1965.

  • Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Pertubuhan atau sijil pendaftaran perniagaan dan satu (1) salinan perjanjian perkongsian (jika ada) atau satu (1) salinan kaedah-kaedah atau undang-undang kecil pertubuhan atau satu (1) salinan perjanjian diantara atau dikalangan orang-orang yang membentuk kumpulan.

  • Permohonan pembaharuan Lesen Pemberi Pinjam Wang hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari sebelum tamat tempoh lesen. denda akan dikenanakan sekiranya permohonan dihantar lewat dari tempoh tersebut. 

 
Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Mukah semasa Pembaharuan Lesen & Permit.

Proses pembaharuan ini akan mengambil masa selama 7 hari dan dengan kehadiran Tuan Residen di pejabat.


Bayaran sebanyak RM2000.00 bagi pembaharuan Lesen Pemberi Pinjaman Wang dan sebanyak RM200.00 bagi pembaharuan Permit Iklan akan dikenakan. Bayaran boleh dibuat di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Tingkat 2, Menara Pehin Setia Raja, 96400 Mukah.

 
Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Lesen Pinjaman Wang dan Permit Iklan.
Puan Nubailah Binti Hasmi, Pembantu Tadbir N19
(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 084 872 596 (GL))