BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 13 Nov 2019
Versi 8.2.2
Seksyen SosialSeksyen Sosial
 
  • Merancang dan mengatur strategi bagi mencapai hasrat dan harapan kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan fizikal dan sosial yang seimbang dan mapan di Bahagian;


  • Mengenalpasti, merancang, menyelaras serta memantau Program Pembangunan Sosial yang melibatkan agensi yang berkaitan ke arah menangani gejala sosial;


  • Membantu Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (KPSU) dan agensi-agensi berkaitan dalam mengenalpasti isu-isu sosial semasa untuk dikaji dan juga menilai impak pembangunan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat (jika perlu);


  • Mewujudkan dan membangunkan Pangkalan Data Sosial Bahagian bagi tujuan perancangan pelan tindakan Jawatankuasa Sosial Bahagian selain dijadikan sebagai bahan rujukan untuk penyelidikan oleh agensi-agensi berkaitan;


  • Memantau aktiviti yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan;


  • Menyelaras jawatankuasa kerja bagi sambutan perayaan, majlis rasmi, majlis keagamaan, kebudayaan, sukan dan pelancongan;


  • Membantu merancang/memberi input kepada pembangunan sektor pendidikan terutamanya di kawasan pedalaman dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Belia dan Sukan dan KPSU;


  • Memantau dan membantu menggerak aktiviti sosial (termasuk kemasyarakatan/kebajikan) seperti Sukan, Kebudayaan, Belia, Wanita dan Keluarga melalui JKKK, NGO dan sebagainya ke arah mewujudkan komuniti bestari dan kemakmuran setempat; dan


  • Membantu dalam usaha memperkasakan keupayaan (capacity building) serta kepimpinan di peringkat akar umbi (Ketua Kampung/Ketua Masyarakat, JKKK, NGO dan lain-lain).