BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
KERAJAAN PH BERJANJI RAPAT JURANG PEMBANGUNAN
Tarikh : 07 Nov 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

JULAU: Kerajaan pusat berjanji akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan termasuk untuk Sarawak, bagi merapatkan jurang pembangunan, terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jurang pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar kini amat jauh perbezaan, oleh itu kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini berusaha dengan pelbagai pelan dan perancangan untuk memastikan masyarakat di kawasan luar bandar tidak terus ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Bagi memastikan usaha dan matlamat ini sampai kepada rakyat, kita telah menyeru kepada semua wakil rakyat PH yang telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh rakyat membawa masalah mereka ke peringkat kepimpinan agar lebih kerap turun padang dan berjumpa dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Hanya dengan cara ini, mereka (wakil rakyat) akan melihat dengan sendiri dan bersua terus dengan rakyat untuk mengetahui harapan dan keperluan masyarakat serta tidak bergantung kepada maklumat daripada pihak tertentu sahaja,” katanya.

Wan Azizah berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Rengayan Ngumbang, Nanga Ruyak, Julau, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Julau Larry Sng, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu, Wan Azizah turut mengumumkan pengagihan peruntukan RM100,000 kepada penduduk Rumah Rengayan Ngumbang untuk kegunaan menaik taraf jalan utama menuju ke rumah panjang terbabit.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima Larry, beberapa projek amat diperlukan masyarakat di kawasan itu sewajarnya dapat disiapkan namun mengalami masalah.

“Salah satunya ialah projek pembinaan sebuah klinik kesihatan di daerah Julau yang tergendala.

“Sehubungan itu, kerajaan PH akan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu, agar ia dapat beroperasi dan memberi faedah dan manfaat kepada penduduk di sini.

“Kita juga ingin menyeru kepada masyarakat di kawasan Julau ini yang terkenal sebagai pengeluar produk lada agar terus memulihara dan menjaga kualiti hasil mereka.

“Langkah ini amat penting bagi memastikan usaha kerajaan membangunkan industri pertanian di negara ini berjalan dengan lancar dengan sokongan penuh masyarakat yang bergiat dengan industri ini melalui penghasilan produk berkualiti,” ujarnya.

Terdahulu, sebelum berkunjung ke rumah panjang terbabit, Wan Azizah bersama rombongannya menghadiri Taklimat Hal Ehwal Pembangunan di Parlimen Julau dan taklimat oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Pejabat Daerah Julau.