BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
JKKK Perlu Kemuka Permohonan Peruntukan Tiga Bulan Sebelum Program
Tarikh : 04 Feb 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 


sumber gambar Krist Rodway


MUKAH: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak yang berkaitan harus mengemukakan peruntukan tiga bulan lebih awal sebelum sesuatu program dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perkara itu bagi memudahkan proses menyalurkan bantuan terutamanya berkaitan kewangan.

“Buat permohonan sekurang-kurangnya tiga bulah lebih awal daripada tarikh program,” katanya ketika Majlis Penyerahan Cek Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Jemoreng Tahun 2019 Daerah Matu di Dewan Suarah Matu di sini, semalam.

Sebelum ini, terlalu kerap pihak berkenaan membuat permohonan dalam jangka masa singkat dan agak mustahil untuk memenuhinya serta-merta.

Beliau juga mengatakan sesuatu program juga harus diminta peruntukan secara berasingan bukan secara sekali gus untuk beberapa program.

Keadaan itu katanya, akan membuatkan kos kelihatan terlalu besar dan mengakibatkan peruntukan jarang diluluskan.

Juanda juga berpesan supaya sesuatu aktiviti yang dirangka lebih bermakna kepada peserta program dan tidak terlalu bertumpu kepada kos jamuan yang besar dan membebankan.

Semua geran yang telah dibelanjakan juga perlu dibuat pelaporan agar mudah disemak dan diteliti.

Juanda pada majlis itu menyerahkan MRP keseluruhannya berjumlah RM651,000 kepada pihak penerima di kawasannya.

Turut hadir Residen Mukah Hjh Hamdiah Hj Bakir dan Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad.