BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
Petugas Khas Diwujud Majukan Industri Rimbia
Tarikh : 01 Apr 2019  Sumber Berita: Utasan Sarawak
 

OYA : Kerajaan Sarawak akan menwujudkan sebuah pasukan petugas khas bagi meneliti rancangan memajukan industri rumbia di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan yang akan dipengerusikannya bagi membincang pelbagai perkara berkaitan industry rumbia di Sarawak. Katanya, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak merangkap ADUN Dalat) juga akan menghadiri mesyuarat itu.

“Tujuan utama mesyuarat ialah meneliti dan merangka strategi baharu memajukan industri rumbia dan menwujudkan peluang kepada pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka menggunakan teknologi baharu,” katanya. Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata demikian ketika merasmikan Mini Regatta Monsoon Oya di Oya Square di sini semalam.

Mini Regatta Monsoon Oya bermula Jumaat lalu sehingga semalam selepas sekian lama sukan air itu tidak dianjurkan di sini. Uggah berkata fokus pada tahun ini dan 2020 ialah untuk memastikan kebun rumbia di Sarawak dapat diakses denga mudah melalui rangkaian infrastuktur yang baik supaya komoditi itu dapat dipasarkan dengan cepat.

“Selepas majlis ini saya akan pergi ke CRAUN Research Dalat dekat Oya untuk lawatan muhibah dan menghadiri dialog bersama pekebun kecil rumbia di tempat sama.”

“Saya akan memanfaatkan dialog itu bagi mendengar dan berbincang dengan mereka dan rakyat amnya serta berusaha mecari jalan untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul,” katanya, dan menambah tidak semua masalah atau isu boleh diselesaikan dengan cepat kerana perlu diteliti dan dirancang terlebih dahulu.

Beliau berkata pada tahun ini Kerajaan Sarawak memperuntukan sebanyak RM11 juta untuk industri rumbia dalam usaha memajukannya.

Sementera itu, katanya, oleh kerana komoditi seperti rumbia, kelapa sawit dan getah kadang-kadang mengalami harga turun naik, pekebun kecil rumbia disaran supaya mempelbagaikan aktiviti ekonomi mereka dan tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.

Katanya, pekebun kecil rumbia boleh mengunakan fertigasi untuk menanam tanaman lain seperti rock melon kerana kaedah itu tidak menggunakan kawasan tanah yang besar, seperti di Rampangi Kuching.

Menurut Uggah, mereka juga boleh mencuba ternakan haiwan seperti kambing biri-biri bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

Beliau mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penganjur kerana Berjaya menganjurkan regatta itu selepas 17 tahun “bercuti” dan seterusnya mengumumkan geran kerajaan sebanyak RM30,000 kepada jawatankuasa itu.

Pada majlis itu Uggah turut menyerahkan surat hak milik tanah kepada penduduk Oya dan Dalat, dan insentif pelajar cemerlang dalam SPM dan STPM 2018 kepada 15 penerima dari SMK Oya dan SMK Dalat.

Turut Hadir Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Timbalan Pengarah Jabatan Tanah & Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmood yang mewakili pengarahnya, Residen Bahagian Mukah Hjh Hamdiah Bakir, Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah dan Temenggong Hendi Suhai yang juga pengerusi Mini Regatta Monsoon Oya.

Duwin Udih |Isnin 1 April 2019