BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
Fatimah Guna Strategi AES Majukan Dalat
Tarikh : 01 Apr 2019  Sumber Berita: Utasan Sarawak
 

OYA : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah menggunakan strategi AES dalam usahanya memajukan Dalat.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata tumpuannya sekarang ialah AES merujuk kepada Ameniti, Ekonomi, dan Sejahtera.

Menurutnya, ameniti meliputi jalan raya, jalan titi, bekalan air dan elektrik dan infrastruktur digital untuk ekonomi digital dan internet.

Fatimah berkata untuk ekonomi, pihaknya berharap dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi terutama industri rumbia dan industri baharu dan kotej serta hiliran.

“Sejahtera merujuk kepada antara lain, pendidikan, inovasi dan kesihatan untuk menikmati kehidupan yang harmoni dan aman,” katanya pada majlis perasmian Mini Regatta Monsoon Oya di Oya Square di sini semalam.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguan Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan majlis itu.

Regata itu diadakan baru-baru ini di Batang (sungai) Oya, selepas sekian lama sukan air itu tidak dianjurkan di sini.

Fatimah berkata beliau juga berusaha untuk “rejuvenate” industri rumbia di Dalat kerana sebahagian besar tanaman itu terdapat di Bahagian Mukah terutamanya di Dalat.

Malah, katanya, tepung rumbia adalah eksport keempat terbesar dari Sarawak selama ini.

Menyentuh tentang regatta, beliau berkata kali terakhir sukan air itu dianjurkan di sini ialah 17 tahun lalu.

“Sekiranya tidak ada penaja, sumbangan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, regatta ini mungkin tidak dapat dianjurkanpada tahun ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penaja antara lain, Jezeri Kipli, Persatuan Kawasan Oya, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Kecil Oya, Tua Pekong Oya, Sarawak Forestry Corporation dan juga Datuk Amar Douglas Uggah atas tajaan, sumbangan dan kerjasama mereka,” katanya.  

Menurutnya, meskipun ini mini regatta sahaja, namun memerlukan peruntukan juga dan kerjasama daripada pelbagai pihak lain.

Fatimah berkata diharap regatta itu dapat dianjurkan lagi pada masa depan. Regata dianjurkan oleh ketua masyarakat dan ketua kaum Daerah Kecil Oya dengan kerjasama Pejabat Daerah Dalat, Pejabat Daerah Kecil Oya dan Pusat Khidmat DUN N56 Dalat

Duwin Udih |Isnin 1 April 2019