BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
Surat Sumpah Percepat Proses Pelantikan
Tarikh : 01 Apr 2019  Sumber Berita: Utasan Sarawak
 

OYA : Kerajaan Sarawak akan menggunakan surat sumpah dalam usaha untuk mempercepatkan proses pelantikan ketua masyarakat dan ketua kaum di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Dauglas Uggah Embas berkata Kabinet Sarawak dalam mesyuarat 28 Mac lalu bersetuju untuk mengguna surat sumpah dalam pelantikan ketua masyarakat dan ketua kaum.

Katanya, melalui surat sumpah, kita tidak perlu menunggu laporan dari pihak berkuasa tertentu seperti polis dan lain-lain untuk melantik ketua masyarakat dan ketua kaum.

“Sistem baharu itu adalah satu penambahbaikan kepada yang sedia ada,” katanya ketika merasmikan Mini Regatta Monsoon Oya di Oya Square di sini baru-baru ini.

Regata tiga hari itu diadakan di Batang (Sungai) Oya.

Untuk makluman, sistem lama adalah lambat kerana menunggu laporan daripada pihak berkuasa seperti polis dan lain-lain untuk memastikan calon ketua masyarakat dan ketua kaum bebas dari sebarang jenayah, tidak bankrap dan sebagainya.

Untuk makluman juga, dua kawasan di Mukah masih belum mempunyai ketua masyarakat (penghulu) sejak tahun lalu kerana difahamkan masih menunggu keputusan dari proses “tapisan”.

 

Duwin Udih |Isnin 1 April 2019