Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

FAMA Lawat Kilang Tebaloi Mukah
Tarikh : 01 Apr 2019  Sumber Berita: Utasan Sarawak
 

MUKAH : Satu rombongan dari FAMA (Federal Agriculture Marketing Authority) membuat lawatan ke kilang Tebaloi Pertubuhan Peladang Kawasan Mukah (PPKM) di sini.

Rombongan yang diketuai oleh Mohamed Harun Pegawai dari FAMA Ibupejabat di Kuala Lumpur itu telah disambut oleh Manuchihr Smith Pengerusi PPKM dan warga kilang.

Adalah difahamkan bahawa pihak FAMA adalah merupakan pelanggan tetap tabaloi pengeluaran tempatan itu semenjak hampir tiga dekad yang lalu.

Selain itu, kilang yang berstatus Halal ini juga memasarkan produknya ke seluruh Negara melalui FAMA.

Sementara pembekalan bahan mentah seperti daun pisang dan kelapa adalah ahli-ahli PPKM atau peladang tempatan.

Henry Siyu | Isnin 1 April 2019