Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Ahli Parlimen Igan Dan ADUN Daro Teruskan Inisiatif Sumbangan Bantuan Makanan
Tarikh : 14 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

DARO: Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dan ADUN Daro Safiee Ahmad meneruskan inisiatif menghulurkan sumbangan makanan kepada penduduk di Daro. Sebelum ini penduduk di kawasan itu juga telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang. Majoriti penduduk menghadapi kesukaran susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang turut menjejaskan pendapatan mereka. Agihan bantuan kali ini hanya melibatkan Kampung-kampung yang berada di tanah besar Daro dan kerja penghantaran dilaksanakan Pusat Khidmat P207 Igan dan Pusat Khidmat N.43 Daro. Selain itu, bantuan serupa turut diagihkan kepada penduduk di daerah Matu dan Igan pada tiga hari lepas.