Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

520 asnaf di DUN Dalat terima sumbangan wang zakat
Tarikh : 14 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

DALAT: Seramai 520 golongan asnaf di kawasan DUN Dalat menerima wang zakat sumbangan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang juga ADUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Wanita PBB Cawangan Dalat, Hatiah Sepawi hari ini bagi pihak Datuk Seri kepada Ketua Skuad Sayang Plus setiap ranting yang akan menyampaikan sumbangan tersebut ke rumah-rumah penerima. Harapan agar sumbangan ini dapat meringankan beban golongan asnaf lebih-lebih lagi menjelangnya sambutan Hari Raya pada minggu hadapan.