Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Bantuan makanan Ramadhan kepada 1,894 KIR di DUN Jemoreng
Tarikh : 14 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

JEMORENG: Sejumlah 1,894 Ketua Isi Rumah (KIR) di sekitar kawasan DUN Jemoreng menerima bantuan makanan sempena Ramadhan pada Rabu. Ahli Dewan Undangan Neegri (ADUN) Jemoreng, Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya turut turun padang bagi menyampaikan agihan kepada penduduk semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada petugas dan AJK yang hadir melaksanakan aktiviti pengagihan tersebut sambil berkesempatan beramah mesra dengan penduduk di kawasannya.

Ketika ditemubual UKAS, ketua masyarakat melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Dr Juanda atas sumbangan berkenaan.