Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Jabatan Penerangan Daerah Mukah sumbang 400 bungkus bubur lambuk
Tarikh : 16 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 


MUKAH: Dalam mengimarahkan sambutan Ramadhan, Jabatan Penerangan Daerah Mukah menerusi Program Info-On-Wheel (IOW) telah mengagihkan sebanyak 200 bungkus bubur lambuk ke Bangunan Pentadbiran Menara Pehin Setia Raja Mukah dan 200 bungkus lagi agihan di Hospital Mukah pada Jumaat. Ia antara 14 program di lokasi yang telah dirancang yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadhan ini nanti.

Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir turut meluangkan masa menyempurnakan agihan bubur semasa di Menara Pehin Setia Raja. Menurut Pegawai Penerangan Daerah Mukah, Syahrulizan Madian antara lain objektif program untuk menyebarluaskan maklumat dasar-dasar kerajaan dan memastikan capaian maklumat yang lebih tersasar kepada kumpulan sasaran.

Tambahnya, hebahan melalui unit bergerak IOW memastikan maklumat sampai terus ke peringkat akar umbi dan mempertingkatkan sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan.