Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Masyarakat Cina di Tellian amat hargai bantuan khas Perdana Menteri
Tarikh : 16 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

TELLIAN: Masyarakat Cina di Tellian amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap penduduk yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyumbang bantuan makanan.

Bantuan Khas Perdana Menteri melalui Ahli Parlimen Mukah itu diagihkan lagi pada Jumaat dengan sejumlah 854 bakul makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di Bandar Mukah, Kampung Datuk, Kampung Tellian Laut, Kampung Sg. Pegei, Kampung Tellian Tengah dan Kampung Tellian Ulu.

Pengagihan tersebut diselaraskan bersama oleh JK Bencana Daerah Mukah.

Menurut Penghulu Daerah Mukah, Henry Lee, bantuan berkenaan banyak membantu masyarakat Cina terutama yang berpendapatan rendah.