Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

ADUN Daro Serah Cek Geran MRP RM153,000 Kepada JKKK
Tarikh : 18 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad telah menyerahkan cek geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM153,000 kepada 32 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini pada Isnin.

Majlis Penyampaian Cek MRP itu telah diadakan di Mini Auditorium, Pejabat Daerah Daro. Safiee dalam ucapan ringkasnya berharap peruntukan MRP itu akan dapat membantu sedikit sebanyak aktiviti JKKK.

Beliau turut menggesa penduduk di kawasan itu agar terus mematuhi arahan peraturan yang telah ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Keadaan semasa tidak mengizinkan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Gawai nanti seperti biasa. "Kita perlu mematuhi arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sambut dalam suasana sederhana," katanya.