Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

BROSS bantu penjaja di Mukah pasarkan produk, perluaskan jualan
Tarikh : 20 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

MUKAH: Inisiatif kerajaan Sarawak dengan memperkenalkan Bazaar Ramadhan Online Sarawakku Sayang (BROSS) telah membuka dimensi baru kepada penjaja untuk berjinak secara serius dalam perniagaan secara atas talian.

Bagi penjaja di Mukah, BROSS amat bermanfaat ketika perniagaan mereka terkena tempias akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19.

Ketika ditemubual UKAS, peniaga kek lapis, Munirah Murid menyifatkan BROSS amat membantu dalam meluaskan lagi produk jualannya ke luar.

Begitu juga Jazirah Sulaiman yang menggunakan sepenuhnya BROSS untuk mengiklan dan memasarkan produknya semasa PKPB.

Bagi penghantar makanan dan penjaja, Isa Hasil, BROSS membolehkan beliau dan isterinya meneruskan kelangsungan perniagaan dan kehidupan harian ketika menempuh waktu sukar semasa PKPB.