Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Seramai 30 Orang Pelajar IPT Telah Tiba Di Mukah
Tarikh : 22 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 



MUKAH: Seramai 30 orang pelajar telah tiba di Mukah selepas tamat tempoh kuarantin, pada Khamis. Sebelum ini mereka dikuarantin di sebuah hotel Bintulu dan dibenarkan balik serta diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing. Mereka merupakan pelajar Institut Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia. Dalam pada itu, Residen Mukah Hamdiah Bakir berkata, lebih 100 orang pelajar akan balik ke bahagian Mukah selepas ini. Jelasnya, mereka adalah termasuk pelajar yang sedang menjalani kuarantin.