Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Sambut Hari Raya Aidilfitri 2020 Dalam Realiti Baharu - TYT Sarawak
Tarikh : 22 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini diraikan dengan norma baharu susulan langkah berjaga-jaga mengekang pandemik COVID-19. Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri sesuai dengan keadaan baru atau seperti yang diiktiraf oleh dunia, ‘New Reality’.

“Kita terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan yang amat berbeza akibat penularan COVID-19 yang bukan saja menular dalam Sarawak dan Malaysia malah seluruh dunia. “Oleh itu, rakyat harus akur dan mematuhi arahan serta langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan kementerian kesihatan malaysia,” ujarnya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2020, hari ini.

Tun Taib berkata, Kerajaan Persekutuan dan Negeri terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus merebak. “kita perlu sentiasa mengguna penutup mulut, sarung tangan dan mengamalkan jarak sosial. "Secara umumnya, kita mesti mengelak tempat yang sesak dan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. 

“Saya percaya cara kita meraikan Hari Raya Aidilfitri memerlukan kita menilai cara kita bersuka ria bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang mencapai banyak kemajuan dan kemakmuran,” tambahnya.