Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Rakyat Digesa Patuhi SOP Peruncitan Semasa Membeli Belah Elak Penularan Wabak COVID-19
Tarikh : 22 May 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

KUCHING: Ketidakpatuhan rakyat Sarawak dalam mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) Peruncitan amat membimbangkan di mana orang ramai mula membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Gawai tidak lama lagi. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan satu SOP Peruncitan yang bertindak sebagai garis panduan bagi semua pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi. 

“SOP tersebut adalah seperti berikut: 

1. Memastikan penjarakan sosial (social distancing) diamalkan sepanjang masa;
2. Menghadkan laluan keluar masuk ke premis dan kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa bergantung kepada saiz premis untuk mengelakkan kesesakan;
3. Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan sebelum masuk ke premis;
4. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk;
5. Mewajibkan pemakaian alat penutup hidung dan mulut (face mask) oleh pekerja ketika berurusan; dan
6. Menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan premis sepanjang tempoh operasi. 


SOT OUT:

SOP Peruncitan ini merangkumi kompleks beli-belah, pasaraya, pasaraya besar, departmental store, butik, kedai pakaian, kedai serbaneka, mini-mart dan pelbagai peruncitan yang lain.