Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Rakyat Sarawak Balik Dari Luar Negara Akan Dikuarantin Di Hotel, Warga Asing Turut Dikuarantin Dengan Kos Ditanggung Sendiri
Tarikh : 09 Jun 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengadakan mesyuarat khas pagi tadi bagi membincangkan perkara tersebut susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun 2020. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Embas berkata Sarawak akan mematuhi keputusan Kerajaan Persekutuan dengan beberapapenambahbaikan garis panduan dan SOP mengikut kesesuaian Negeri Sarawak 

“Semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara akan dikuarantin wajib selama 14 hari di hotel dan akan diambil sampel COVID-19 pada hari ke-10,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media COVID-19 Sarawak pada Selasa.

Dalam perkembangan yang sama, Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh sebulan yang lepas, wajib menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan diambil sampel COVID-19 pada hari ke-10.

“Semua warga asing yang masuk ke Sarawak yang memiliki permit kerja dan visa yang sah termasuk peserta MM2H diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari dengan kos kuarantin ditanggung sendiri. 

“Semua Person Under Surveillance (PUS) sedang dikuarantin di hotel sehingga hari ini, perlu menghabiskan tempoh kuarantin sehingga tamat. 

“Sehingga kini, seramai 2,060 PUS masih dikuarantin di 38 buah hotel seluruh Sarawak,” ujarnya.