Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Muat Turun Aplikasi MySejahtera, Kerajaan Kreditkan RM50 Ke Akaun E-Dompet
Tarikh : 09 Jun 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 



KUCHING: Kerajaan menyarankan rakyat Malaysia untuk memuat turun aplikasi MySejahtera yang bertujuan menilai kesihatan kendiri.  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aplikasi ini membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenal pasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat. 

“Dalam perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera. “Ini bagi menggalakan orang ramai untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media PKPB pada Isnin.