Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Semua Negeri Perlu Ikut Akta Kawalan Penyakit 342 Persekutuan Kecuali Sarawak
Tarikh : 09 Jun 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

 

KUCHING: Bermula 10 Jun, akta yang dikuatkuasakan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan terbatal dan digantikan dengan Akta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang baharu. 

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua negeri termasuk Pulau Pinang perlu mengikuti akta seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan kecuali negeri Sarawak. 

“Saya nak maklumkan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit ini hanya ada satu sahaja iaitu di peringkat Persekutuan melainkan Sarawak. 

“Sarawak masih lagi ada Akta Kawalan Berjangkit Sarawak, tetapi negeri lain sudah tidak ada. 

“Oleh kerana tidak ada, rujukan untuk negeri-negeri hanya ada satu akta iaitu Akta 342,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media PKPB pada Isnin. Ujar Ismail Sabri lagi, untuk itu negeri tidak boleh membuat peraturan-peraturan lain kerana di dalam Persekutuan mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta Kerajaan Persekutuan adalah Ultravirus dan terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan.