Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Peniaga Medan Selera Daro Diingatkan Patuh SOP Jalankan Perniagaan
Tarikh : 08 Jun 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS (FB)
 

 

DARO: Para peniaga Medan Selera Daro terus diingatkan mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan bagi mengekang wabak COVID-19.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie berkata, antaranya peniaga mesti menyediakan buku bagi mengambil maklumat pelanggan serta memeriksa suhu badan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan termometer suhu dan cecair pembasmi kuman kepada peniaga Medan Selera Daro, pada Ahad.

Tambah Ahmad Johnie, selain mematuhi SOP, peniaga turut bertanggungjawab menjaga kebersihan premis mereka.

Pada masa yang sama, beliau juga berkongsi pendekatan yang telah diambil kerajaan bagi mencegah penularan COVID-19.