Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Latihan Kemahiran Untuk Usahawan Muda di Luar Bandar
Tarikh : 28 Sep 2020  Sumber Berita: EDISI UKAS
 

DARO: Seramai 80 belia terdiri daripada ahli Saberkas Cawangan Daro menyertai Program Young Entrepreneur Setup (YES) - Persediaan Usahawan Muda 2020 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Daro, semalam.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak dan dikelola oleh Aqademi Expert ini berlangsung selama dua hari mulai 26 September lalu.

Majlis dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Antara objektif program ini adalah untuk memperkasakan kemahiran dan ilmu dalam bidang keusahawanan khususnya golongan belia.

Melalui program, peserta diberi pendedahan mengenai teknik-teknik pemasaran secara atas talian. 

Seramai 10 peserta terpilih sebagai Potential Young Entrepreneur yang telah membentangkan idea-idea perniagaan mereka dan salah seorang daripada mereka telah terpilih memenangi Anugerah Utama bernilai RM1,000 dan akan dibiayai Aqademi Expert selama tiga bulan. 

Hadir sama, Wakil Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Zulkarnain Ismail, Wakil Pegawai Daerah Daro Cliff Wilibrode, Penguasa Pejabat Belia dan Sukan Sarawak Bahagian Mukah Timothy Dominic, Pengarah Aqademic Expert Ahmad Qadri Basri.