Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Sarawak Model Perpaduan Antara Kaum
Tarikh : 28 Sep 2020  Sumber Berita: EDISI UKAS
 

Sarawak terkenal dengan keharmonian masyarakat kerana tidak pernah timbul isu perkauman meskipun mempunyai kepelbagaian budaya dan etnik dalam kalangan penduduknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, adalah menjadi tanggunggjawab semua pihak untuk bersatu padu dan mempertahankan perpaduan di negeri ini supaya dapat dikekalkan sehingga ke generasi akan datang.

Beliau berkata demikian dalam Majlis  Perasmian Penangguhan Program Pencegahan Kebakaran Anjuran Wanita PBB Cawangan Daro pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat untuk mempertahankan keharmonian dan bersatu dalam apa jua cara meskipun terdapat sesetengah pihak yang berniat untuk memecahkan perpaduan di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk JKKK Kampung Masjid Hilir, Daro bagi menaiktaraf dewan dan mengecat gelanggang.

Jelasnya, beliau bersama dengan Ahli Parlimen sentiasa memastikan pembangunan  infrastruktur akan terus dilaksanakan di kawasan tersebut.