Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Program Community On The Go Pemuda & Wanita PBB N57 Tellian Santuni Golongan Kurang Berkemampuan
Tarikh : 28 Sep 2020  Sumber Berita: EDISI UKAS
 

MUKAH: Pergerakan Pemuda & Wanita PBB Cawangan N57 Tellian telah menganjurkan program Community On The Go (COTG) Pemuda & Wanita PBB N57 Tellian pada Ahad.
Objektif program khidmat masyarakat itu untuk membaik pulih kediaman penduduk yang kurang berkemampuan secara bergotong royong.
Ia adalah program kedua dilaksanakan dalam bulan ini, di mana program pertama COTG telah dilaksanakan di Kampung Kuala Lama Mukah dengan konsep yang sama.
Program seterusnya dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat setelah mengenalpasti tempat pelaksanaan yang sesuai.
Pergerakan Pemuda & Wanita PBB Cawangan Tellian dalam pada itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Tellian, Yussibnosh Balo kerana menyuntik dana untuk pelaksanaan program tersebut. – EDISI UKA

MUKAH: Pergerakan Pemuda & Wanita PBB Cawangan N57 Tellian telah menganjurkan program Community On The Go (COTG) Pemuda & Wanita PBB N57 Tellian pada Ahad.

Objektif program khidmat masyarakat itu untuk membaik pulih kediaman penduduk yang kurang berkemampuan secara bergotong royong.

Ia adalah program kedua dilaksanakan dalam bulan ini, di mana program pertama COTG telah dilaksanakan di Kampung Kuala Lama Mukah dengan konsep yang sama.

Program seterusnya dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat setelah mengenalpasti tempat pelaksanaan yang sesuai.

Pergerakan Pemuda & Wanita PBB Cawangan Tellian dalam pada itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Tellian, Yussibnosh Balo kerana menyuntik dana untuk pelaksanaan program tersebut.