Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Projek Pembersihan Sungai Matu Bakal Siap Hujung November 2020
Tarikh : 29 Sep 2020  Sumber Berita: EDISI UKAS
 

Matu : Projek pembersihan sungai Matu yang kini dalam proses pelaksanaan akan dijangka siap pada hujung November 2020. Sehubungan dengan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato' Murshid Diraja Dr Juanda Jaya telah turun melakukan lawatan untuk melihat sendiri kerja-kerja pembersihan yang kini sedang giat dijalankan.

Projek itu melibatkan pembersihan Sungai Kampung Sekaan Besar, Sungai Kampung Tian dan Sungai Kampung Sok dan Igan. Beliau berharap agar projek ini akan siap secepat mungkin bagi mengurangkan banjir di kawasan Matu.

Turut dimaklumkan projek pembersihan yang telah siap sepenuhnya ialah di Sungai Kampung Jemoreng, Sungai Kampung Bawang, Sungai Kampung Bruan Besar dan Tutus. Manakala projek yang masih dalam proses perolehan tender pula melibatkan Sungai Kampung Bawang Fasa 2, Sungai Kampung Jemoreng Fasa 2 dan Sungai Batang Matu bermula dari Sekaan Besar.

Sementara 8 kampung yang tidak mempunyai akses kepada laluan jentera iaitu Kampung Treng Matu, Kampung Mut Matu, Kampung Bawang Hulu, Kampung Kebuaw Tian, Kampung Tian Matu, Kampung Tinak Matu, Kampung Masjid Tian Matu dan Kampung Tengah Tian Matu telah dikenalpasti dan proses pembersihan akan dilakukan mengikut kesesuaian kampung tersebut.