Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Pentadbiran Bahagian Mukah

Pembangunan sahsiah perlu seiring dengan kemajuan kawasan
Tarikh : 30 Sep 2020  Sumber Berita: Utasan Borneo Online
 

MUKAH: Pembangunan fizikal di sesebuah kawasan perlu turut mencerminkan pembangunan sahsiah masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, masyarakat di Matu harus berubah menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran.

“Marilah kita menjadi lebih bertanggungjawab dan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni dalam diri kita,” katanya ketika Perasmian Majlis Kepolisan Komuniti Siri Lima Peringkat Daerah Matu di Dewan Suarah Matu, kelmarin.

Menurutnya, banyak hal yang membolehkan masyarakat dididik sebagai lebih beetanggingjawab.

Antaranya adalah sikap ambil peduli dan mengambil berat hal berlaku di persekitaran dan bertindak melaporkannya ke saluran yang betul.

Penggunaan saluran betul seperti pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah membolehkan tindakan susulan dapat diambil dengan berkesan.

Mengambil contoh lain, kebersihan persekitaran seperti sungai juga adalah tanggungjawab bersama.

Masyarakat dalam hal itu tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan kerajaan dan jentera pembersih.

Malah kebersihan sungai amat rapat menunjukkan bagaimana sikap penduduk di satu-satu tempat itu sama ada bertamadun atau tidak.

“Sikap membuang sampah ke dalam sungai bukanlah ciri-ciri masyarakat bertamadun, ia perlu segera diubah,” jelasnya lagi.

Usaha kerajaan dalam memberikan bantuan sehingga RM2 juta hanya untuk kerja-kerja pemberaihan sungai di Matu dan sekitarnya harus dihargai dengan turut menjaganya supaya ia kekal bersih.

Di samping itu, masyarakat juga digalakkan untuk mendekatkan diri dengan kerja-kerja kesukarelawanan.

Ini termasuklah ketika jiran mengadakan keramaian atau kenduri supaya bebanan kerja dapat diagih dan dipikul dengan setara.

Nilai-nilai seperti yang dimaksudkan kata Juanda, bakal membantu membentuk masyarakat serta generasi masa depan untuk terus hidup harmoni dan aman damai.

Beliau juga memberitahu, tidak guna mengecapi pembangunan secara fizikal jika sikap masyarakat di sekelilingnya seperti berada pada zaman yang tidak bertamadun.

Pada masa sama, pihak ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) harus menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Tueut hadir Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad.