Sarawak ID | Register

Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

Polls
Announcements

Berita

ADUN Semop, Abdullah Saidol Sumbang Lembu Kepada 16 Masjid, Surau
Tarikh : 25 Nov 2020
 

ADUN Semop, Abdullah Saidol Sumbang Lembu Kepada 16 Masjid, Surau

DARO: Sebanyak 25 ekor lembu telah diagihkan kepada 16 buah masjid dan empat surau di seluruh kawasan DUN Semop berjumlah keseluruhan RM158,950.

Sumbangan diagihkan oleh ADUN Semop yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abdullah Saidol pada Majlis Simbolik Penyerahan Lembu Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi kawasan DUN Semop hari ini.

Pada majlis yang sama juga, Abdullah turut menyerahkan sumbangan kenderaan terpakai kepada Pertubuhan Gerakan Prihatin Pulau Bruit bagi memudahkan gerak kerja pertubuhan ini dalam membantu masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan. 

Beliau juga menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM500 kepada pertubuhan itu.

Turut menerima sumbangan Pasukan Bomba Sukarela Pulau Bruit berupa baju-T dan wang RM500.