BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
slide_5c2c62752f049.jpgslide_599a4dfd32824.jpgslide_573de199ef1fb.jpg
Sejarah Pentadbiran Daerah Mukah
Daerah Mukah merupakan nadi bagi Bahagian Mukah yang menjadi pusat pentadbiran bahagian. Pejabat Daerah Mukah yang terletak di aras paling bawah Menara Pehin Setia Raja. Keluasan daerah ini ialah 1,366.00 km2 dan keluasan ini merangkumi Daerah Kecil Balingian dengan 1,170.00 km2. Kawasan ini sebahagian besarnya diliputi oleh tanah paya. Daerah Mukah boleh dihubungi dengan tiga cara iaitu melalui jalan darat, air dan udara. Jarak di antara Mukah dan Sibu ialah sepanjang 180 km. Mukah merupakan daerah yang terbesar dalam bahagian ini.

Fort Burdett II - Tahun 1911
 
Pentadbiran Daerah Mukah telah bermula seawal tahun 1911 yang ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah yang bernama Henry Herbert Kortright.  Pentadbiran Daerah Mukah pada waktu tersebut terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Ketiga.  Pusat Pentadbiran kerajaan Kolonial British di Daerah Mukah ketika itu adalah di Bangunan Fort Burdett II yang dibina sekitar tahun 1910-1911.  Apabila Perang Dunia Kedua meletus sekitar tahun 1939 hingga 1945, Bangunan Fort Burdett II telah musnah terbakar.
 
Fort Burdett II - Sekitra Tahun 1960an
 
Pada tahun 1954 Fort Burdett II telah dibangunkan kembali di tapak yang lain bagi menggantikan Fort Burdett II yang telah musnah.  Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Pejabat Daerah Mukah sehingga tahun 2003. 
 

Menara Pehin Setia Raja Mukah
 

Pada 27 September 2003 pentadbiran Bahagian Mukah telah dipusatkan di Menara Pehin Setia Raja Mukah hingga hari ini yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan negeri.  Di mana, Pejabat Daerah Mukah telah ditempatkan di Aras Bawah, Menara Pehin Setia Raja Mukah. Persempadanan semula Bahagian dan Daerah di negeri Sarawak yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2002 meletakkan Daerah Mukah di bawah pentadbiran Bahagian Mukah.  Sebahagian daripada kawasan selatan Daerah Mukah dan Daerah Kecil Balingian telah dibahagikan kepada daerah baru Selangau.  Kawasan asal Daerah Mukah ialah seluas 5,020 km persegi manakala keluasan baru selepas persempadanan semula seluas 2,536 km persegi.  Daerah kecil Balingian pula dikurangkan saiz dari 3,032 km persegi kepada 1,170 km persegi.

Jumlah penduduk di Daerah Mukah seramai 56,000 orang (anggaran berasakan kepada Banci Penduduk 2010) dengan kepadatan penduduk 20 orang per km persegi.  Penduduk Bumiputera adalah seramai 55200 orang iaitu terdiri 53.8 % daripada penduduk Iban dan  36% adalah penduduk Melanau.