BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 20 Ogos 2019
Versi 8.2.2
slide_5c2c62752f049.jpgslide_599a4dfd32824.jpgslide_573de199ef1fb.jpg
Perutusan Pegawai Daerah

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Daerah Mukah.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana atas izinnya kita telah berjaya membangun laman web bagi Pejabat Daerah Mukah.  Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua kakitangan yang telah bertungkus lumus dalam membekalkan maklumat untuk pembangunan laman web ini.

Objektif utama pembangunan laman web ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat luar amnya tentang Misi, Visi, Objektif dan peranan Pejabat Daerah Mukah. Laman web ini juga merupakan salah satu medium penghubung antara kerajaan dan masyarakat yang berada di luar kawasan Mukah.  Ianya juga merupakan medium di mana ICT memainkan peranan dalam membantu pejabat ini untuk membekalkan dan menerima maklumat agar perkhidmatan yang bermutu tinggi dapat disampaikan kepada pelanggan.

Saya juga berharap dengan adanya laman web ini ia boleh membantu kepesatan pertumbuhan Daerah Mukah dalam semua bidang terutamanya sektor ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan perikanan seterusnya mampu meletakkan Daerah Mukah seimbang dalam semua aspek pembangunan seperti daerah lain di Sarawak.

Akhir sekali, saya berharap maklumat yang dipaparkan di dalam laman web ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan saya juga berharap agar masyarakat dapat berkongsi pendapat dengan memberi respon melalui laman web ini agar mutu penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan lagi.

 

Sekian, terima kasih.


SHAFRIE BIN SAILI
PEGAWAI DAERAH MUKAH