Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

  • picture
  • picture
  • picture

'An Honour To Serve'

Pengumuman 

picture

"Selamat Datang ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah."

Kueh Lei Poh

"Mukah Maju, Rakyat Sejahtera"

Latar Belakang Bahagian Mukah

 

Bahagian Mukah terletak di wilayah tengah Sarawak dan sebahagian besar kawasannya menghadap Laut China Selatan iaitu mengunjur sepanjang 200 kilometer dari Balingian di sebelah timur sehingga ke Belawai di sebelah barat. Keluasan persempadanannya seluas 6,997.61 kilometer persegi dengan jumlah populasi 124,311 orang penduduk (2008). Ia merupakan bahagian yang ke sepuluh daripada dua belas bahagian pentadbiran Kerajaan Sarawak. Kaum Melanau merupakan komposisi kaum majoriti di Bahagian Mukah diikuti oleh Kaum Iban, Cina, Melayu dan lain-lain kaum. Semasa penubuhan Bahagian Mukah pada 1 Mac 2002, ia merangkumi empat daerah iaitu Daerah Mukah; Dalat; Matu; dan Daro serta empat daerah kecil iaitu Balingian; Oya; Igan; dan Belawai. Dengan pengisytiharan ini, Daerah Mukah telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran bagi Bahagian Mukah. Pada 1 Oktober 2015 Daerah Kecil Belawai telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh yang dinamakan Daerah Tanjung Manis dan kini Bahagian Mukah mempunyai lima (5) daerah dan tiga (3) daerah kecil.

Visi

Bahagian Mukah yang Maju Dari Segi Sosio-Ekonomi Menjelang 2030.

Misi

Memajukan Pembangunan Sosio-Ekonomi Dan Kesejahteraan Rakyat Dalam Bahagian Mukah.

Announcement

picture Undian
picture Pengumuman