BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 10 Dis 2019
Versi 8.2.2
PENGURUSAN TENDER DAN SEBUTHARGA BAHAGIAN MUKAHPENGURUSAN TENDER DAN SEBUTHARGA BAHAGIAN MUKAH
Jawatankuasa Tender/Sebutharga (Negeri/Persekutuan) Bahagian Mukah hanya boleh mempertimbangkan dan menyetuju terima tender/sebutharga dengan syarat keputusan yang dibuat adalah sebulat suara dan tidak memebihi had nilai tender/sebutharga. Keputusan yang tidak sebulat suara dan/atau melebihi had nilai tender/sebutharga akan dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Agensi untuk keputusan.

Urusan Berkaitan Tender / Sebutharga Bahagian Mukah
  • Menerima iklan kenyataan Tender/Sebutharga daripada Agensi atau Jabatan Kerajaan di Bahagian Mukah;

  • Menyediakan Peti Tender dan Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga;

  • Memaparkan Tender/Sebutharga pada papan tender dan laman web ini; untuk melihat tender/sebutharga SILA KLIK DISINI

  • Merekod semua syarikat yang menghantar penyertaan tender/sebutharga ke dalam Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/Sebutharga sepanjang iklan tender/sebutharga masih dibuka sehingga tarikh tutup tepat jam 12:00 tengah hari;

  • Penyertaan Tender/Sebutharga yang dihantar selepas TEPAT JAM 12:00 Tengah hari pada Tarikh Tutup, TIDAK AKAN DIPROSES. Harap Maklum, Terima Kasih.

Sila Ambil Perhatian
  • Borang Schedule Of Tender Received G.124 akan dikeluarkan untuk proses pembukaan tender/sebutharga selepas jam 12:00 tengah hari pada hari tender/sebutharga ditutup.


  • Pembukaan tender/sebutharga akan dipengerusikan oleh Timbalan Residen (atau Pegawai N41 keatas) bersama ahli-ahli jawatankuasa serta akan dihadiri oleh "Client Agency".


  • Penyertaan tender/sebutharga yang asal berserta salinan borang Schedule Of Tender Received G.124 akan diserahkan kepada "Client Agency".


  • Minit mesyuarat pembukaan tender/sebutharga akan dikeluarkan oleh setiausaha pembukaan tender/sebutharga untuk dimajukan ke Masyuarat Jawatankuasa Perolehan Tender/Sebutharga Bahagian Mukah untuk pemilihan Syarikat/Kontraktor yang layak.

 
Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Mukah.
Masa akan diambil kurang dari 30 minit berurusan dengan pegawai kami semasa penyerahan penyertaan tender/sebutharga daripada syarikat/kontraktor.
 
Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Penyerahan Penyertaan Tender/Sebutharga.
Puan Suria Binti Abang, Pembantu Tadbir N17 (KUP)
(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 084 872 596 (GL))