BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 23 Jul 2019
Versi 8.2.1
Logo Bahagian MukahLogo Bahagian Mukah

 

Logo
BAHAGIAN MUKAH

Logo Bahagian Mukah dicipta bersempena penubuhan Bahagian Mukah pada 1 Mac 2002 yang merupakan bahagian yang Ke-10 di Negeri Sarawak dan satu-satunya bahagian di Negeri Sarawak yang mempunyai logo Bahagian sendiri.

Maksud Logo

 
i.
Terendak merupakan salah satu kraftangan yang terkenal di Bahagian Mukah dan sebagai simbolik "memayungi" Pembangunan & Kesejahteraan masyarakat di Bahagian Mukah. Empat bahagian berwarna merah di tengahnya  melambangkan empat daerah yang terletak di Bahagian Mukah. Manakala, empat bahagian berwarna hitam melambangkan empat daerah kecil di Bahagian Mukah. Gabungan keempat-empat daerah dan daerah kecil ini mewujudkan Bahagian Mukah. (Sebelum Daerah Kecil Belawai dinaiktaraf kepada daerah penuh iaitu Daerah Tanjung Manis pada 1 Oktober 2015).
 
ii.
Warna Merah, Hitam, Biru & Kuning melambangkan masyarakat yang berbilang Kaum di Bahagian Mukah.
 
 
i.
Pohon Rumbia merupakan tanaman utama bagi masyarakat di Bahagian Mukah. Pohon ini dikenali sebagai ”The Golden Crops’ yang mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan dan kraftangan.
 
ii.
Bentuk Anak Panah yang menghala keatas melambangkan Bahagian Mukah akan terus membangun dan maju dalam apa jua bidang.

i.
Tibow merupakan permainan tradisional kaum Melanau ketika musim perayaan seperti Kaul Mukah.
 
ii.
Dan ia membentuk huruf X (bermaksud 10 dalam sistem nombor roman) bermakna  bahagian yang Ke-10.
 
i.
Berbentuk 'Silhouette' Ikan - Bahagian Mukah yang terletak menghadap Laut China Selatan dari Balingian sehingga Belawai dengan pantai berjajaran melebihi 200 kilometer persegi, kaya dangan kehidupan marin.