BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 20 Ogos 2019
Versi 8.2.2
PROJEK KECIL LUAR BANDAR (PKLB)PROJEK KECIL LUAR BANDAR (PKLB)
Pejabat Daerah Dalat juga bertanggungjawab dalam pembangunan Daerah Dalat menerusi pelaksanaan Projek Kecil Luar Bandar (PKLB).


Perancangan dan penyelarasan pembangunan Luar Bandar (Projek-Projek Prasarana/ Infrastruktur - Jalan, Bekalan Air, Bekalan Elektrik, Kemudahan Awam);

Takrif PKLB bermaksud projek-projek yang bernilai kecil (tidak melebihi RM 100,000.00). Projek ini merupakan projek jangka pendek yang harus dilaksanakan dalam tempoh satu tahun.

 

Cara Memohon PKLB

 Orang ramai boleh memohon untuk pelaksanaan PKLB melalui:    

•  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK)

•  Pertubuhan/Persatuan

•  Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengelolakan sesuatu aktiviti

 

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Daerah Dalat ataupun kepada Wakil Rakyat untuk diselaraskan dan menentukan keutamaan projek. Setiap projek yang dicadangkan hendaklah dirancang dengan teliti dan mempunyai maklumat lengkap seperti:

•  sebab - sebab projek dimohon

•  anggaran kos projek

•  jumlah peruntukkan yang dimohon

•  sumber kewangan yang sedia ada

•  skop projek

•  tapak projek

•  peta lakar/pelan/gambar (mana yang berkenaan)

•  maklumat lain yang berkaitan projek

 

Jenis Projek PKLB

 

Jenis projek yang dibenarkan untuk dibiayai oleh Peruntukan Negeri adalah seperti:

• bantuan kepada projek-projek infranstruktur kecil (jambatan/jeti/jalan/surau)

•  bantuan kepada rumah ibadat

•  projek gotong royong

•  bantuan kepada agensi/jabatan kerajaan

•  bantuan komputer termasuk latihan

•  bantuan kepada mangsa bencana alam

•  pembelian dan penyelenggaraan set generator

 

Jenis projek yang tidak dibenarkan untuk dibiayai oleh Peruntukan Negeri adalah seperti:

•  piala/trofi/pingat/cenderamata

•  pakaian seragam persatuan

•  pinggan mangkuk

•  alat muzik

•  pakaian sukan/peralatan sukan

•  pampasan tanah

•  enjin sangkut

•  gergaji berantai(chainsaw)

 

Peranan Pejabat Daerah Dalat dalam pelaksanaan PKLB

 Pejabat Daerah Dalat menjalankan tugas bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan serta prestasi projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di Daerah Dalat. Pendekatan yang digunakan adalah :

• Pejabat Daerah Dalat mengemukakan cadangan projek selepas menyemak dan memberi anggaran harga yang diterima dari penduduk. Senarai projek tersebut akan dikemukakan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) melalui Residen Bahagian Mukah selepas dibincangkan dengan Wakil Rakyat.

• Projek-projek yang diluluskan dari pihak atasan untuk dilaksanakan dan merupakan projek-projek kecil khasnya peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dan sumber - sumber lain.                        

 

Pelaksanaan Projek

Bagi projek yang diluluskan, Surat Kuasa/Waran akan dihantar oleh pihak SDO. Projek - projek terbabit akan dilaksanakan selepas spesifikasi kerja ditetapkan. Cara pemberian kerjanya adalah mengikut Arahan Perbendaharaan. Semasa projek dilaksanakan, pemantauan dilakukan sepenuhnya bagi mempastikan kualiti kerja dan spesifikasi yang ditetapkan dipatuhi. Laporan Pelaksanaan Prestasi Projek dimajukan kepada SDO melalui Residen Bahagian Mukah.

 

Peranan JKKK Dalam Pelaksanaan Projek

 Pada umumnya, penduduk rumah panjang/kampung memerlukan projek pembangunan seperti jalanraya, jambatan, balairaya, rumah ibadat, bekalan air & elektrik dan kemudahan rekrasi. Projek - projek ini perlulah dicadangkan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) setelah ianya dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat. Dalam membuat cadangan projek, pihak JKKK hendaklah mengambil tindakan berikut:

•  Mendapatkan maklumat berkaitan cadangan projek untuk membuat kertas cadangan projek. Maklumat ini boleh diperolehi dari pelbagai agensi/agensi kerajaan; seminar/bengkel dan media massa.

 Kertas cadangan projek hendaklah mengambilkira:

•  aspek kewangan - jumlah kos dan sumber pembiayaan

•  lokasi projek - pemilihan lokasi dan rundingan pampasan(jika ada)

•  kaedah pelaksanaan - secara gotong royong ataupun tender(bergantung kepada kos Projek)

•  Tempoh perlaksanan-jangkamasa projek boleh disiapkan dengan segala sumber yang ada.

Hantarkan kertas cadangan projek ke jabatan/agensi yang berkaitan ataupun kepada wakil rakyat. Apabila sesuatu kertas cadangan diluluskan, pihak JKKK hendaklah memberikan kerjasama untuk turut memantau pelaksanaan projek.


Nota : Apabila kertas cadangan projek dikemukakan kepada jabatan/agensi kerajaan yang berkaitan, ianya tidak bermaksud cadangan projek tersebut diluluskan. Pihak jabatan/agensi kerajaan tersebut mengikut budibicaranya samada bersetuju ataupun menolak cadangan sesuatu projek. Setiap kertas cadangan projek yang dikemukakan kepada jabatan/agensi kerajaan lain; seboleh-bolehnya satu salinan dikemukan kepada Pejabat Daerah Dalat untuk makluman.