BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 20 Ogos 2019
Versi 8.2.2
Latar BelakangLatar Belakang
   
  Bahagian Mukah terletak di wilayah tengah Sarawak dan sebahagian besar kawasannya menghadap Laut China Selatan iaitu mengunjur sepanjang 200 kilometer dari Balingian di sebelah timur sehingga ke Belawai di sebelah barat. Keluasan persempadanannya seluas 6,997.61 kilometer persegi dengan jumlah populasi 124,311 orang penduduk (2008). Ia merupakan bahagian yang ke sepuluh daripada dua belas bahagian pentadbiran Kerajaan Sarawak. Kaum Melanau merupakan komposisi kaum majoriti di Bahagian Mukah diikuti oleh Kaum Iban, Cina, Melayu dan lain-lain kaum. Semasa penubuhan Bahagian Mukah pada 1 Mac 2002, ia merangkumi empat daerah iaitu Daerah Mukah; Dalat; Matu; dan Daro serta empat daerah kecil iaitu Balingian; Oya; Igan; dan Belawai. Dengan pengisytiharan ini, Daerah Mukah telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran bagi Bahagian Mukah. Pada 1 Oktober 2015 Daerah Kecil Belawai telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh yang dinamakan Daerah Tanjung Manis dan kini Bahagian Mukah mempunyai lima (5) daerah dan tiga (3) daerah kecil.

 

Bandar Mukah boleh dihubungi melalui tiga cara iaitu melalui pengangkutan udara, jalan raya dan pengangkutan air.  Bagi pengangkutan udara,  MasWings menyediakan penerbangan ke Kuching dan Miri yang masing-masingnya mengambil masa perjalanan selama 1 jam.  Mukah juga boleh dihubungi menggunakan pengangkutan jalan raya dari bandar Sibu & bandar Bintulu. Bandar Bintulu merupakan bandar yang paling hampir dengan Bandar Mukah dengan perjalanan selama 2 jam menggunakan jalan pesisir.  Sementara itu, bagi yang ingin melalui pengalaman menggunakan pengangkutan air, terdapat bot laju dari Sibu ke pekan Dalat yang mengambil masa selama 2 jam.  Semua daerah dan daerah kecil di Bahagian Mukah boleh dihubungi melalui pengangkutan jalan raya.