BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 20 Ogos 2019
Versi 8.2.2
PERUTUSAN RESIDENPERUTUSAN RESIDEN

 
     
 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah yang merupakan platform bagi memberi penerangan mengenai  latar belakang, misi, visi, piagam pelanggan, sejarah, lokasi , aktiviti-aktiviti dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan Pentadiran Bahagian Mukah termasuk Pejabat-pejabat Daerah dibawah nya.

Pentadbiran Bahagian Mukah yang terdiri daripada Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Pejabat Daerah Dalat, Pejabat Daerah Matu, Pejabat Daerah Daro dan Pejabat Daerah Tanjung Manis merupakan agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab sebagai peneraju utama dalam memajukan Bahagian Mukah dan juga sebagai “front-liner” di antara Kerajaan dan juga rakyat di Bahagian Mukah. Ia nya juga menjadi yang bertanggungjawab sebagai penggerak utama dalam  pembangunan fizikal, sosio-ekonomi dan modal insan di Bahagian Mukah dengan merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan dan program-program sosial kerajaan di peringkat Bahagian bagi memastikan penduduk-penduduk di Bahagian Mukah ini mencapai taraf hidup yang sejahtera dan lebih berkualiti di masa hadapan.

Portal ini merupakan pemudahcara bagi penyebaran dan perkongsian maklumat interaktif, dan sumbangan idea, pandangan dan maklumbalas dari mana-mana pihak bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini adalah dialu-alukan  Pentadbiran Bahagian Mukah  berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dimasa sekarang dan juga akan datang.  

 

 
 

HAJAH HAMDIAH BINTI HAJI BAKIR

Residen Bahagian Mukah, VU7

SARAWAK