Sarawak ID | Register

Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

Polls
Announcements

Kaji Selidik Penerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Semasa PKP.

Dipaparkan pada 24 Nov 2020


Penerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang digesa untuk mengisi soal selidik kajian yang dijalankan oleh Pasukan Penyelidik daripada Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPSS), Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Hal yang demikian bertujuan bagi menambah baik impak perkhidmatan dan barangan sosial yang disediakan oleh pihak berkepentingan pada masa akan datang. 

Soalan kajian yang mengandungi 5 bahagian dan 23 soalan tersebut adalah sulit dan kerjasama para penerima dalam memberikan maklumat yang sahih amat diperlukan. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab melalui emel yang tertera.


BIDAN JOAKIN (bidan@sarawak.gov.my)  atau
SITI NOOR KHAIRUNNISA AROSDIEE (sitinoor@sarawak.gov.my) 

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSczYOO-98DO75Rdl…/viewform…