BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 10 Dis 2019
Versi 8.2.2
slide_5c2c62752f049.jpgslide_599a4dfd32824.jpgslide_573de199ef1fb.jpg
Perutusan Pegawai Daerah
 
 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yang telah melimpahkan nikmatNya ke atas setiap hambaNya. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah saya bersyukur dengan izinNya, Laman Web Pejabat Daerah Tanjung Manis telah berjaya disiapkan.

Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah Tanjung Manis. Kejayaan memaparkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif Pejabat ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT. Pejabat ini akan komited dan akan terus berusaha dengan gigih dan pro-aktif terhadap peningkatan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang demi memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati setiap pelanggan.

Adalah menjadi hasrat Pejabat Daerah Tanjung Manis agar laman web ini dapat berperanan sebagai perantara dan penghubung yang berkesan sesuai dengan fungsinya untuk menyediakan maklumat yang bermanfaat kepada pelanggan.

Semoga tahun 2017 menghasilkan kejayaan gemilang dan pencapaian tertinggi buat warga kerja Pejabat Daerah Tanjung Manis. Selamat melayari laman web Pejabat Daerah Tanjung Manis

Sekian.
 
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh
 
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE"
 
UDIN BIN BUJANG
PEGAWAI DAERAH TANJUNG MANIS