BM
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2019
Versi 8.2.2
slide_5c2c62752f049.jpgslide_599a4dfd32824.jpgslide_573de199ef1fb.jpg
Sejarah Pentadbiran Daerah Tanjung Manis

Pemandangan dari udara Daerah Kecil Belawai sekitar tahun 1980an.
 

Pejabat Daerah Kecil Belawai dibina pada 7 April 1973 melalui Warta Kerajaan Bil.Swk L.N 19 ( Part II ) Vol. XLII Vo. 12 bertarikh 4 April 1987 seperti dikehendaki oleh Seksyen 3 (1) Ordinan Pentadbiran (Cap.4) 1967. Ketika itu Daerah Kecil Belawai terletak di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei, Sarawak. Daerah Kecil Belawai yang sinonim dengan udang harimau mempunyai penduduk yang majoritinya Suku Kaum Melanau.

Daerah Kecil Belawai diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Daro dalam Bahagian Mukah, Sarawak pada tahun 1 Mac 2002 susulan perisytiharan Mukah sebagai Bahagian ke-10 Sarawak.

 

 

Majlis penyerahan Watikah Naiktaraf Daerah Tanjung Manis yang disaksikan oleh Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN N.41 Kuala Rajang serta dihadiri oleh Tuan Hj Supaih Hj Hamdan, Residen Bahagian Mukah, Encik Seruji Bin Ludin, Pemangku Timbalan Residen Bahagian Mukah, Encik Abang Mohamad Abang Turkey, Pegawai Daerah Daro dan Encik Udin Bujang, Pegawai Daerah Tanjung Manis pada 1 Ogos 2015.
 
 
Daerah Kecil Belawai telah dinaiktaraf ke Daerah Tanjung Manis dan telah diwartakan pada 1 Ogos 2015. Keluasan bagi Daerah Tanjung Manis adalah 730.53km persegi. Perhubungan utama Daerah ini ialah pengangkutan darat, namun terdapat 30% kawasan di Daerah Tanjung Manis masih perlu menggunakan pengangkutan air seperti Kawasan Paloh, Stalun, Sebayang, Sungai Berangan dan Telok Gelam. Jaringan jalan raya di Daerah ini menghubungkan daerah-daerah disekitar melalui perkhidmatan Feri serta akses ke bandar besar yang terdekat seperti Bandar Sibu.