Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

PENDAFTARAN, EKSTRAK,PEMINDAHAN & PEMBATALAN NAMA PERNIAGAAN

 

PENDAFTARAN, EKSTRAK,PEMINDAHAN & PEMBATALAN NAMA PERNIAGAAN


Definisi:

"Borang Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan" ialah Borang R.20-Pind. 1/86 yang digunakan untuk memohon pendaftaran bagi nama sesuatu perniagaan dan akan disimpan sebagai rekod bagi nama-nama perniagaan yang telah didaftarkan.

"Ekstrak Nama-Nama Perniagaan" bermaksud satu cabutan maklumat daripada Borang Nama-Nama Perniagaan R.20-Pind. 1/86 yang mengandungi butir-butir sebuah syarikat perniagaan.

"Nama-Nama Perniagaan" bermaksud nama yang didaftarkan bagi sesebuah syarikat perniagaan.

"Pemohon" bermaksud seorang atau sekumpulan orang yang memohon untuk mendaftarkan nama bagi syarikat perniagaannya.

"Pendaftar" merujuk kepada Pendaftar Nama-Nama Perniagaan iaitu Pegawai Daerah Dalat.

"Sijil Pendaftaran" bermaksud satu sijil yang dikeluarkan menggunakan Borang R.22-Pind. 1/86 kepada syarikat perniagaan yang mengesahkan bahawa nama bagi syarikat perniagaan berkenaan telah didaftarkan di bawah Ordinan  Nama-Nama Perniagaan (Cap.64)

A. PENDAFTARAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:

1.      Borang R.20-Pind. 1/86 diisi dalam dua (2) salinan;

2.      Salinan fotostat kad pengenalan pemohon; dan

3.      Surat Hakmilik Tanah bagi tempat perniagaan yang dipohon; atau (Bukannya tempat untuk kediaman)

4.      Surat Perjanjian Penyewaan; atau

5.      Surat kebenaran daripada pemilik premis yang dinyatakan sebagai tempat perniagaan. (Jika Menyewa).

6.      Cop Rasmi Syarikat (Company Official Stamp)

B. EKSTRAK NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan::

1. Permohonan ekstrak nama-nama perniagaan, sama ada:

a) secara bertulis oleh pemohon sendiri, atau

b) secara bertulis oleh pihak ketiga seperti pihak Bank, peguam atau agensi kerajaan/swasta, atau

c) secara bertulis melalui pos oleh mana-mana pihak di atas (pastikan bayaran sebanyak RM2.00 disertakan bersama)

C. PEMINDAAN BUTIR NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:

1. Pemilik perniagaan hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis ke pihak Pejabat Daerah.

2. Salinan asal Sijil Pendaftaran dan / atau Memorandum of Transfer, di mana berkenaan disertakan 

D. PEMBATALAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN

Perkara yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:

1. Kemukakan permohonan secara bertulis dan dicop dengan cop syarikat

2. Salinan asal Sijil Pendaftaran

3. Bayaran pembatalan dalam bentuk wang pos atau kiriman wang atas nama Percetakan Nasional Berhad bernilai RM60.00 sebagai bayaran pewartaan.

 

 
image Undian
image Pengumuman