Program Retreat Kepimpinan Dan Pengurusan Pentadbiran Bahagian Mukah Tahun 2025 - 20 Nov 2025
Program Retreat Kepimpinan dan Pengurusan Pentadbiran Bahagian Mukah Tahun 2025 telah diadakan pada 10 -  11 April 2025 (Khamis-Jumaat) bertempat di Mega Hotel, Miri bertujuan memperkukuh kepimpinan, meningkatkan kemahiran pengurusan serta mempererat kerjasama antara agensi kerajaan.  Program ini melibatkan 31 orang pegawai dari enam (6) pejabat di bawah Pentadbiran Bahagian Mukah.
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2025 Pejabat Residen Bahagian Mukah Dan Pejabat Daerah Mukah - 20 Nov 2025
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2025 Pejabat Residen Bahagian Mukah Dan Pejabat Daerah Mukah diadakan pada 8 April 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Majlis, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah).  Majlis ini dianjurkan bagi meraikan Aidilfitri serta mengeratkan silaturahim antara warga Pejabat Residen Bahagian Mukah dan Pejabat Daerah Mukah agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam suasana harmoni dan muhibah.

Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Berhormat Royston Bin Valentine ADUN N.57 Tellian, Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah dan Tuan Shafirie Bin Saili, Timbalan Residen Bahagian Mukah serta 300 orang tetamu.


 
Transport - Awareness Behavioural Change (T-ABC) and State Level Road Safety Campaign 2025 - 17 Mar 2025
Transport - Awareness Behavioural Change (T-ABC) and State Level Road Safety Campaign 2025

Tarikh:  17 Mac 2025 (Isnin)
Tempat:  Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah)
Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa Daro, Mukah - 26 Feb 2025
Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa Daro, Mukah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 22 Februari 2025 (Sabtu) jam 10.30 pagi.
Hari Inovasi Pentadbiran Bahagian Mukah - 06 Dec 2024
Hari Inovasi Pentadbiran Bahagian Mukah yang diadakan pada 29 November 2024 (Jumaat) di Dewan Majlis,Tingkat 3,Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah).
49th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024 - 20 Nov 2024
IPOK dari Pejabat Residen Mukah telah menyertai 49th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024 yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 11 hingga 14 November 2024 dan memenangi Gold Awards.
Pesta Tanglung Peringkat Bahagian Mukah - 07 Oct 2024
Pesta Tanglung Peringkat Bahagian Mukah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri  (Ekonomi) Merangkap Ahli Parlimen P.213 di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah pada 5 Oktober 2024 (Sabtu).
Majlis Penangguhan Rasmi Pesta Belawai 2024 - 29 Sep 2024
Majlis Penangguhan Rasmi Pesta Belawai 2024 disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 29 September 2024 (Ahad) di Pentas Belawai Beach, Belawai Daerah Tanjung Manis.
Pesta Pulau Bruit 2024 - Mini Agrofest - 15 Sep 2024
Pesta Pulau Bruit 2024 - Mini Agrofest diadakan pada 13 hingga 15 September 2024.

Majlis Perasmian pesta ini diadakan pada 14 September 2024 (Sabtu) bertempat di Rural Growth Center (RGC) Semop, Daro dan dirasmikan oleh Y.A.B Premier Sarawak.
123