Program Retreat Kepimpinan Dan Pengurusan Pentadbiran Bahagian Mukah Tahun 2025
Program Retreat Kepimpinan dan Pengurusan Pentadbiran Bahagian Mukah Tahun 2025 telah diadakan pada 10 - 11 April 2025 (Khamis-Jumaat) bertempat di Mega Hotel, Miri bertujuan memperkukuh kepimpinan, meningkatkan kemahiran pengurusan serta mempererat kerjasama antara agensi kerajaan. Program ini melibatkan 31 orang pegawai dari enam (6) pejabat di bawah Pentadbiran Bahagian Mukah.