PESTA DARO 2025 | Daro Da'o 25 Julai – 3 Ogos 2025 Tapak Pesta Daro, Sarawak
Ayuh ke PESTA DARO 2025 dan alami sendiri kemeriahan pelbagai aktiviti menarik sepanjang 10 hari yang penuh warna-warni! Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk Daro Autoshow & Fun Run, pertandingan sukan air, demonstrasi masakan, persembahan artis jemputan, serta pertandingan e-sukan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends.
Terdapat juga gerai usahawan tempatan, karnival PBL STEM, pertandingan mewarna, karaoke, tarian tradisi, serta pelbagai acara kebudayaan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jangan lepaskan peluang, datang beramai-ramai ke Daro dan raikan komuniti, budaya dan keharmonian bersama.
#PestaDaro2025 #DaroDaO #SarawakMoreToDiscover