Pentadbiran Bahagian Mukah

Mukah Maju, Rakyat Sejahtera

picture

 

Sejarah Penubuhan Bahagian Mukah


   

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah Seksyen 3, Administrative Area Ordinace  [Cap. 34], persempadanan semula Kawasan Pentadbiran Bahagian Sibu dan Bahagian Sarikei bagi membentuk Bahagian Mukah telah dikuatkuasa pada 1 Mac 2002. ( Rujuk Sarawak Government Gazette Part II Vol. LVII, 24 January 2002, No.2).

Sehubungan itu, Bahagian Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian Ke Sepuluh pada 1 Mac 2002 oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Pengiktirafan Mukah sebagai sebuah Bahagian telah membuka lembaran baru dalam jentera pentadbiran negeri Sarawak apabila merangkumi seluruh kawasan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak.

Berikut merupakan petikan ucapan YAB Ketua Menteri Sarawak di Majlis Pengisytiharan Penubuhan Bahagian Mukah pada 1 Mac 2002 yang menjelaskan justifikasi penubuhan Bahagian Mukah;

 

"Pengisytiharan Mukah sebagai sebuah Bahagian adalah satu usaha ke arah memperkemaskan pentadbiran Negeri Sarawak bagi membolehkan kerajaan dan rakyatnya berganding bahu untuk mencapai wawasan 2020".

"... apabila Mukah diisytiharkan sebagai Bahagian Baru maka boleh dikatakan bahawa sebuah bahagian itu adalah sebuah wilayah yang cukup kecil bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan cekap ... dan cukup besar untuk mencantumkan sebagai satu unit ekonomi yang boleh bergerak dengan sendirinya diperingkat akar umbi."

"Dengan pengisytiharan ini adalah diharap dalam proses mentadbir akan wujud perhubungan yang rapat antara rakyat dengan pegawai kerajaan. Maka dengan itu suara rakyat dari sehari ke sehari akan menjadi suara kerajaan dan segala dasar-dasar kerajaan akan menjadi satu penzahiran kepada aspirasi rakyat sendiri."

 

Pengisytiharan tersebut sekali gus menjadikan Daerah Mukah sebagai pusat pentadbiran bahagian.

 
   

 
  YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyerahkan watikah pengisytiharan Bahagian Mukah kepada YB Datuk Amar Abdul Aziz Hussein, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.  
       
 
picture Undian
picture Pengumuman