Pejabat Daerah bertindak sebagai Pendaftar dan menguruskan penyelesaian kes-kes yang dibawa oleh kaum Bumiputera melalui proses perbicaraan di Mahkamah Bumiputera dengan cekap dan adil. Pejabat daerah menetapkan masa, hakim yang akan mengadili sesuatu kes dan diperingkat mana kes tersebut didengar. Pejabat daerah juga bertindak dengan cekap memastikan kedua-dua pihak iaitu Plaintif dan Respondent hadir dan mematuhi tatacara mahkamah. Dengan ini pejabat daerah bertindak sebagai pendaftar bagi kes-kes tuntutan yang dibawa ke Mahkamah Bumiputera dan merekodkan keputusan perbicaraan di samping menyelenggara dan menyimpan doket-doket kes ditempat yang selamat.
MUKAH RAFT SAFARI 2026 – ONE RIVER. ONE CREW. ONE CHAMPION.
Mukah Raft Safari 2026 — Satu Sungai. Satu Pasukan. Satu Juara.
Kumpulkan pasukan anda dan sertai cabaran mengarung sungai yang paling mendebarkan! Mukah Raft Safari 2026 kembali untuk menguji kekuatan, semangat berpasukan dan daya tahan peserta sepanjang laluan pengarungan 21km di Sungai Mukah yang mempesona.
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Tempat: Jeti Kampung Tabo, Mukah, Sarawak
Kategori: Lelaki Terbuka | Wanita Terbuka | Campuran | Kerajaan
Hadiah: Trofi, pingat, serta hadiah wang tunai yang lumayan menanti para pemenang!
Pendaftaran kini dibuka — slot adalah terhad, jangan lepaskan peluang ini! Jadilah sebahagian daripada legasi ini dan daftar sekarang di www.borneoraftsafari.com.