Press Release, 05 August 2026
PEMERKASAAN PEMILIKAN RUMAH MAMPU MILIK DI DAERAH DARO Impian Miliki Kediaman Sendiri Jadi Kenyataan: Premier Sarawak Tinjau Projek Perumahan Sapphire LCDA di SPK Daro Kredit foto : FB UKAS DARO, 17 Julai 2026 – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmen dalam menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada rakyat luar bandar menerusi pembangunan Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Daro. Langkah ini bertujuan memudahkan penduduk, khususnya anak jati Daro, memiliki aset hartanah sendiri tanpa bebanan kos yang tinggi. Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek serta meninjau Rumah Contoh Model Sapphire LCDA di SPK Kampung Lemang Pek, Kampung Tengah, dan Kampung Pantray. Kredit foto : FB UKAS Projek ini melibatkan pembangunan keseluruhan 131 lot kediaman, dengan 59 unit rumah dibangunkan pada fasa pertama.Dalam sidang medianya, YAB Premier menjelaskan bahawa pendekatan baharu ini sangat menguntungkan rakyat. Walaupun nilai pasaran rumah tersebut mencecah RM300,000, pembeli hanya perlu membayar RM150,000 sahaja kerana kos tanah dan penyediaan infrastruktur ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak. Kredit foto : FB UKAS Selain itu, kerajaan turut menyediakan bantuan deposit sebanyak RM10,000.Beberapa kelebihan utama projek perumahan ini termasuk: Pembiayaan Mudah: Baki pinjaman boleh dibuat melalui Mutiara Mortgage & Finance dengan kadar faedah serendah satu peratus, membolehkan bayaran bulanan dianggarkan hanya sekitar RM200 hingga RM250. Reka Bentuk Fleksibel: Rumah ini direka supaya pemilik boleh melakukan pengubahsuaian atau pembesaran pada masa hadapan mengikut kemampuan masing-masing. Teknologi Hijau: Pembeli diberi pilihan memasang sistem solar dengan subsidi kerajaan sebanyak 50 peratus, di mana lebihan tenaga boleh dijual semula kepada Sarawak Energy sebagai kredit bil elektrik. Kredit foto : FB UKAS YAB Premier menegaskan bahawa model perumahan ini akan diperluaskan ke kawasan lain seperti Mukah, Matu, dan Semop bagi memastikan lebih ramai rakyat luar bandar memiliki kediaman yang selesa seiring dengan kemajuan infrastruktur seperti Jambatan Batang Lassa. Kredit foto : FB UKAS Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; serta ADUN Daro, Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad.
Press Release, 05 August 2026
Masjid Al-Umran Mercu Tanda Baharu Syiar Islam di Kampung Tebaang, Daro Kredit foto : FB A Rahman Junaidi Daro, 17 Julai 2026 - Masyarakat Islam di Kampung Tebaang kini mempunyai pusat ibadah yang lebih selesa dan indah apabila Masjid Baharu Kampung Tebaang dirasmikan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Dalam perasmian yang penuh bersejarah itu, YAB Premier Sarawak telah mengumumkan nama rasmi bagi masjid berkenaan sebagai Masjid Al-Umran. Masjid tersebut berlangsung selepas beliau menunaikan solat fardhu Jumaat bersama penduduk tempatan sempena lawatan kerja beliau ke Daerah Daro. Kredit foto : FB A Rahman Junaidi Perasmian Masjid AL-Umran ini merupakan salah satu pengisian utama dalam jadual lawatan kerja YAB Premier ke Daro, selain daripada menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Daro 2026. Kehadiran institusi keagamaan yang baharu ini dijangka akan memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah dan menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk di Kampung Tebaang dan kawasan sekitarnya. Turut hadir menyaksikan majlis perasmian tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad Kredit foto : FB A Rahman Junaidi
Press Release, 05 August 2026
DARO – Pesta Daro 2026 telah membuka tirainya dengan penuh kemeriahan, mempamerkan keunikan daerah ini sebagai pusat tumpuan aktiviti komuniti dan pelancongan di Sarawak. Kredit foto : FB Parlimen Igan Acara gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, dalam satu majlis yang dihadiri ribuan penduduk tempatan pada 17 Julai 2026.Pesta yang berlangsung selama 10 hari bermula dari 16 hingga 26 Julai 2026 ini bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi wadah penting untuk menyatukan masyarakat serta menggerakkan ekonomi setempat. Kredit foto : FB DUN N43 Daro Sebanyak 164 gerai pameran dan jualan telah disediakan, merangkumi pelbagai produk makanan tradisional seperti pipus dan tausa piang, hasil kraftangan, serta perkhidmatan daripada pelbagai agensi dan usahawan dari seluruh Sarawak. Agenda Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Dalam ucapan perasmiannya, YAB Premier Sarawak menegaskan bahawa Pesta Daro merupakan platform untuk mengetengahkan agenda ekonomi baharu negeri, termasuk penerapan teknologi tinggi dan tenaga hijau. Beliau turut berkongsi visi masa depan Sarawak yang melibatkan pembangunan satelit nano dan penyediaan pendidikan tinggi percuma bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing. Sempena lawatan kerja tersebut, beberapa pencapaian pembangunan penting di Daro turut diberi perhatian: Projek Perumahan Mampu Milik (RMM): Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM20 juta untuk membina 131 unit kediaman di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Lemang Pek, Kampung Tengah, dan Kampung Pantray. Fasa pertama melibatkan 59 unit rumah model Sapphire LCDA yang ditawarkan pada harga mampu milik dengan bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM200 hingga RM250 sahaja. Kemudahan Keagamaan: YAB Premier telah merasmikan masjid baharu di Kampung Tebaang yang diberi nama rasmi Masjid Al-Umran. Kredit Foto : FB A Rahman Junaidi Isu Tanah: Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera (Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak) melibatkan keluasan 905.63 hektar di kawasan Sungai Berawan, Loba Semah, dan Batang Lassa. Bantuan Sosial: Simbolik penyerahan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 kepada kategori isi rumah, warga emas, dan bujang. Pemerkasaan Generasi Muda melalui STEM Selain aktiviti ekonomi, Pesta Daro 2026 turut memberi penekanan kepada bidang pendidikan melalui penganjuran Fiesta STEM 2026 Peringkat Negeri Sarawak. Program yang berlangsung di Dewan Masyarakat Daro ini melibatkan pertandingan Bridge Building dan Project-Based Learning (PBL) yang disertai oleh murid-murid dari seluruh Sarawak bagi mencungkil kreativiti dalam bidang sains dan teknologi. Kredit foto : FB JaPEN Sarawak Hadir sama memeriahkan majlis ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad; serta Pegawai Daerah Daro merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Daro 2026, Encik Zul Usup.Pesta Daro 2026 membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa seiring dengan kemajuan infrastruktur seperti Jambatan Batang Lassa yang kini merancakkan lagi akses ekonomi di kawasan pesisir.
Press Release, 06 March 2026
DARO – Semangat perpaduan dan nilai keprihatinan jelas terpancar melalui penganjuran Program Agihan Bubur Lambuk yang berlangsung di perkarangan Rumah Rehat Kerajaan Daro pada 3 Mac 2026, Selasa lalu. Program murni sempena bulan Ramadan ini merupakan anjuran Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro dengan Kerjasama strategik Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Daro. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Daro, Encik Zul bin Haji Usup, yang hadir mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, YB Dr. Safiee bin Haji Ahmad. Menurut Ketua Bahagian Pejabat Baitulmal Sarawak Bahagian Mukah, Encik Osman Immun, program ini bukan sekadar aktiviti tahunan, malah menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama antara agensi Kerajaan di daerah ini selain menyantuni Masyarakat setempat secara langsung. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dengan penglibatan anggota daripada APM Daro, IPD Matu Daro, BBP Daro, TBS Daro dan Pejabat Daerah Daro yang berganding bahu menyediakan juadah secara gotong-royong. Hasil daripada Kerjasama tersebut : Sebanyak 1,200 beg mengandungi bubur lambuk, minuman dan kurma telah disediakan. Agihan diberikan kepada orang ramai serta pengguna jalan raya di sekitar Pekan Daro. Selain agihan juadah, petugas turut mengambil kesempatan memberi nasihat keselamatan jalan raya kepada para pengguna jalan raya. Penganjuran program seumpama ini membuktikan bahawa sinergi antara jabatan dan komuniti Adalah teras kepada keharmonian di Daerah Daro, selaras dengan kemuliaan bulan Ramadan yang menuntut nilai kasih sayang dan perpaduan.
Press Release, 02 March 2026
Daro – Kebajikan golongan memerlukan terus menjadi agenda utama di Daerah Daro apabila seramai 300 asnaf dari 15 buah kampung dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro disantuni melalui Majlis Santunan Asnaf Ramadan Al-Mubarak 1447H yang berlangsung di Masjid Al-Muhsinin pada 28 Februari 2026, Sabtu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Yang Berhormat Dr. Safiee bin Haji Ahmad. Program tahunan ini merupakan manifestasi keprihatinan kepimpinan tempatan dalam memastikan Kebajikan golongan memerlukan terus terbela, sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persediaan menyambut bulan suci. Dr. Safiee yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) menegaskan bahawa bulan Ramadan seharusnya menjadi medan untuk memupuk sifat ihsan dan peka terhadap Nasib golongan kurang berkemampuan. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada agensi kerajaan, pertubuhan kebajikan dan pihak swasta yang sentiasa bersatu padu dalam menghulurkan bantuan bagi memperkukuh semangat kebersamaan Masyarakat di Daro. Dalam majlis berkenaan, para penerima telah menerima sumbangan berupa sumbangan tunai dan buah kurma, serta pek beras 5kg sumbangan ikhlas daripada Daro Freshmart Prosper (DFM) Sdn. Bhd. Majlis turut diserikan dengan slot pengisian rohani menerusi tazkirah bertajuk “Ramadan Membina Kekuatan Ummah” yang disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Daro, Al-Fadhil Ustaz Anas Sarip. Turut hadir memeriahkan majlis : Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah. Encik Zul Usup, Pegawai Daerah Daro. DSP Rahim Mihos, Ketua Polis Daerah Matu-Daro.
Press Release, 23 February 2026
DARO – Penganjuran Pesta Pulau Bruit dan Mini Agrofest terus membuktikan peranannya sebagai platform strategik yang bukan sahaja memperkasa sosioekonomi komuniti setempat, malah berupaya menyemarakkan potensi pelancongan di Pulau Bruit dan Daerah Daro secara menyeluruh. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop, Yang Berhormat Datuk Abdullah Saidol menekankan bahawa penganjuran pesta tahunan ini adalah lebih daripada sekadar acara kebudayaan. Ia merupakan ruang penting bagi usahawan kecil dan penggiat industri agro tempatan untuk mengetengahkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penghargaan Jawatankuasa Pengelola Pesta Pulau Bruit dan Mini Agrofest 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Daro, pada Isnin. Sinergi Agensi Kerajaan dan Komuniti Kejayaan penganjuran program berskala besar ini merupakan manifestasi jelas komitmen dan kerjasama erat antara jawatankuasa penganjur, agensi-agensi kerajaan daerah, serta masyarakat setempat. Sokongan padu ini memastikan setiap perancangan dapat direalisasikan dengan teratur dan berimpak tinggi. Majlis penuh makna ini telah dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat ADUN N.42 Semop dan Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Pulau Bruit sebagai tanda penghargaan tulus kepada semua pihak yang telah memerah keringat menjayakan pesta tersebut. Pengukuhan Kepimpinan Akar Umbi Pulau Bruit Seiring dengan agenda pemerkasaan komuniti, majlis tersebut turut diselitkan dengan acara penyerahan watikah pelantikan bagi kepimpinan akar umbi kawasan Pulau Bruit. Watikah tersebut telah disampaikan kepada: Seorang (1) Penghulu baharu Empat belas (14) Ketua Kaum (Lanjutan) Langkah strategik ini amat penting dalam memperkukuh struktur kepimpinan pentadbiran di peringkat kampung, sekali gus mempertingkat tahap kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di Daerah Daro. Sebagai penutup majlis, YB Datuk Abdullah turut menyampaikan cenderahati penghargaan kepada para tetamu sebagai simbolik terima kasih atas sumbangan bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan. Turut hadir bersama memeriahkan majlis adalah Pegawai Daerah Daro, Yang Berusaha Encik Zul Usup, barisan Ketua-Ketua Jabatan, serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) zon Pulau Bruit.