SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH DALAT 1448H / 2026M
Orang ramai adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dalat 1448H / 2026M yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa) Masa: 7.00 pagi Tempat: Kompleks Kebajikan Dalat
Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.56 Dalat.
Sambutan ini merupakan wadah untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW di samping menyemarakkan semangat perpaduan, ukhuwah serta penghayatan terhadap nilai-nilai murni yang dibawa oleh Baginda dalam membentuk masyarakat yang harmoni, berintegriti dan sejahtera.
Marilah kita bersama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan ini serta menghayati tema "Ummah Maju Makmur" demi memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.